Monday, 6 May 2013

MAJLIS PERAYAAN 1 MALAYSIA

Tarikh                          : 21 Feb 2013
Tempat Program          : Dataran Muhibbah, SSBJ

Warga SSBJ telah berkumpul di Laman Muhibbah seawal pukul 7.45 malam. Tetamu Kehormat serta tetamu-tetamu besar lain telah tiba pada pukul 8.30 malam. Sejurus mereka tiba, majlis dimulakan dengan pemberian hadiah dari Santa Klaus diikuti dengan bacaan doa oleh Mohd Syazwan (atlet pelajar Prau Sastera 2A). Pengacara majlis pada malam tersebut adalah Saarvin dan Norhidayah dari Kelas Prauniversiti Sastera 4A. Konsep pengacaraan majlis pada malam tersebut adalah melalui pendeklamasian pantun. Tetamu Kehormat pada malam itu ialah En Abd Hadi bin Ahmad, Pengerusi PIBG, SSBJ.


   
 Kiri: Pengacara majlis pada  malam tersebut
Kanan: Santa Memberikan cenderahati kepada VVIP, merupakan salah satu gimik.

Kiri: Para VVIP yang hadir.
Kanan: Para guru dan pelajar yang hadir

Selepas bacaan doa, Datuk Pengetua dijemput untuk berucap sepatah dua kata. Kemudian, para VVIP dijemput untuk meneruskan acara gimik yee sang. Jamuan makan diteruskan selepas gimik yee sang.

Tetamu yang hadir menjamu selera.             

 
Sementara tetamu-tetamu menjamu selera, mereka telah dihiburkan dengan pelbagai persembahan atlet pelajar seperti koir, nyanyian dan tarian. Semua tetamu yang hadir dilihat sangat terhibur dengan aneka persembahan yang telah disediakan.

                                  Antara persembahan yang disajikan pada malam tersebut.
 
Pengacara berinteraksi bersama pelajar.

Sebelum berakhirnya majlis, satu upacara penyerahan ang pau di bawah Program Kami Prihatin kepada 30 orang atlet pelajar yang kurang bernasib baik telah diadakan. Datuk Marina Chin, En Hadi dan En Muralee (wakil Pn Ee Hong dari Bahagian Sukan) telah berbesar hati menyampaikan ang pau tersebut.

      Pemberian ang pau kepada atlet pelajar SSBJ yang memerlukan bantuan.


Majlis berakhir tepat pada pukul 10.00 malam. Selepas para tetamu kehormat meninggalkan sekolah, para atlet pelajar serta guru-guru bergotong-royong membersihkan Laman Muhibbah.

No comments:

Post a Comment