Thursday 2 October 2014

Sesi Penggambaran Majalah Arena 2014

 
Tarikh:  2 Oktober 2014 (Khamis)
 
Tempat:  Dewan Olimpik
 
 
Semua guru dan atlet pelajar Sekolah Sekolah Bukit Jalil telah berkerjasama dalam menjayakan sesi ini. Sesi ini telah bermula tepat jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Sesi penggambaran dimulakan dengan penggambaran mengikut kelas, guru-guru, jurulatih dan staf SSBJ, sukan dan kelab/persatuan. Semua gambar yang telah diambil pada hari ini akan dimasukkan ke dalam Majalah Arena 2014.



Barisan Guru-guru Akademik dan Para Jurulatih



Barisan Guru-Guru yang Turut Menjayakan Sesi Penggambaran ini.
 
 
Kelas 3 Sea (Candid) 


 Kelas 3 Sea
 

Kelas 5 Olimpik

Wednesday 1 October 2014

 
 
Tarikh:  1 Oktober 2014 (Rabu)
 
Masa:  12.30 - 2.40 pm
 
Tempat : Dewan Olimpik SSBJ
 
Aktiviti:  Penilaian Kokurikulum 2014
 
 
Penilaian ini telah diadakan untuk menilai penglibatan pelajar di dalam kelab/persatuan, sukan/permainan dan unit beruniform. Penilaian markah kokurikulum bagi kelab/persatuan dan sukan/permainan telah selesai pada pukul 2.40 ptg.
 
 
 

 


 


TAKLIMAT PENILAIAN KOKURIKULUM 2014



TEATER SUPERMOKH

 
Teater ini meriwayatkan kisah hidup pemain bola sepak negara yang juga salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, teater kali ini diharap dapat menarik generasi muda untuk lebih ramai menonton di samping memperkenalkan kepada mereka dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya SuperMokh.
 
          Menerusi persembahan ini, pelajar disuap dengan kisah hidup peribadi SuperMokh yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk muzikal, kisah serta onak duri yang perlu dilalui Mokhtar sebagai seorang jaguh bola sepak, seorang suami dan seorang bapa.
 
Muzikal ini memaparkan keazaman seorang jaguh bola sepak yang berjuang demi negara, seseorang yang disayangi dan disanjungi oleh seluruh negara. Ia juga membongkarkan betapa peritnya apabila beliau terpaksa mengakhiri kerjaya masyhurnya, beliau terpaksa meninggalkan bola sepak. Kebanyakan rakyat Malaysia masih merasakan yang Mokhtar tiada ganti.
.
.
.
Pada 21 september
.
.
Seramai 10 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring telah dibawa untuk menyaksikan teater ini. Diharapkan persembahan teater dan perkembangan warisan teater yang dijalankan ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang kukuh dan cinta akan seni budaya bangsa serta bertindak sebagai pewaris seni yang menjadi benteng menangkis budaya kuning dari luar.
 


 


TEATER BIDASARI

 
Teater Bidasari merupakan kisah yang diadaptasi daripada cerita Melayu Klasik. Bidasari yang cantik jelita dan kaya budi bahasa adalah anak angkat kepada saudagar Amir Abdullah.

Bidasari dijumpai sewaktu kecilnya di sebuah sampan dengan kembarnya seekor ikan. Sementara itu di negeri Zamin Ambar yang diperintah oleh Sultan dan isteri barunya Permaisuri Laila Sari. Sultan mempunyai putera iaitu Tengku Indra.

Kecantikan Bidasari telah sampai ke pengetahuan Permaisuri Laila Sari dan menyebabkan kemarahan dan cemburu kerana dia tidak suka ada orang lain lebih cantik daripadanya. Permaisuri kemudian memanggil Bidasari untuk bersemayam di istana dan menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa Bidasari supaya tidak lagi cantik.

Apakah nasib Bidasari seterusnya?
.
.
Oleh itu
.
.
.
 

Pada Februari 2014, SSBJ telah membawa beberapa orang pelajar dan guru ke Istana Budaya untuk mengetahui pengakhiran nasib Bidasari. Diharapkan teater ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak melupakan asal usul seni budaya kita di samping dapat memupuk semangat cinta akan seni budaya bangsa.




 


LAPORAN PERJUMPAAN KELAB KEBUDAYAAN KALI-1



LAPORAN PERJUMPAAN KELAB SENI KREATIF KALI-1