Showing posts with label Kelab Rekreasi Pencinta Alam. Show all posts
Showing posts with label Kelab Rekreasi Pencinta Alam. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-6


Perkara                 :  Perjumpaan 6

Tarikh                   :  03 Julai 2013

Masa                     :  1.20 – 2.40 petang

Kehadiran           :  08   / 26

Tema                     :  Menulis kata-kata hikmat untuk dijadikan penanda buku

Objektif               :  1.  Mencungkil bakat budaya berbahasa di kalangan pelajar

                                2. Mewujudkan semangat satu kelab yang kuat

                                   3. Menghargai alam sekitar

Aktiviti                 :

1.       Pelajar  menjalankan aktiviti  di dalam bilik kemahiran hidup secara individu

2.       Pelajar diedarkan  beberapa contoh kata-kata hikmat berdasdarkan alam untuk menjana idea.

3.       Pelajartelah diberi beberapa helai kertas warna dan pelbagai jenis warna untuk mereka cipta hasil karya masing-masing.

4.       Hasil karya pelajar dilaminat dan digunting mengikut pelbagai bentuk penanda buku

5.        Pelajar dapat menghasilkan kreativiti mereka yang menarik.

 

 

Disediakan oleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus
 
 
 
 
 
 

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-5


Perkara                 :  Perjumpaan 5

Tarikh                   :  19 Jun 2013

Masa                     :  1.20 – 2.40 petang

Kehadiran           :  14   / 26

Tema                     :  Master Chef Atlet – Aneka Sandwich

Objektif               :  1.  Menyemai nilai integriti  pelajar terutama jenis menu makanan Malaysia

                                2. Melatih pelajar bekerjasama dalam kumpulan

                                   3. Menambah ilmu pengetahuan pelajar.

Aktiviti                 :

1.       Pelajar dibentuk kepada tiga orang dalam satu kumpulan  dan berada di dalam bilik masakan.

2.       Guru telah menyediakan   dua jenis roti dan beberapa jenis sayuran seperti daun salad, timun, lobak, tomato dan cili merah.  Bahan-bahan untuk  sambal sandwich seperti sardine, tuna sardine, mayonis, kari daging, sambal ikan bilian dan  telur rebus

3.       Guru memberi  penerangan mengenai aktiviti tersebut  di mana setiap kumpulan dikehendaki mencipta sekurang-kurangnya 1 jenis sandwich.

4.       Setiap kumpulan telah diberi beberapa perkakasan dapur seperti pisau, bekas pemotong, pinggan besar, besen, sudu, garfu dan sebagainya. Mereka diberi masa selama 1 jam untuk mencipta aneka sandwich.

5.       Pelajar berasa gembira, seronok dan tercabar dengan aktiviti ini. Pelajar dapat menyediakan pelbagai jenis sandwich mengikut masa yang ditetapkan. Di akhir aktiviti guru penasihat diberi peluang merasa  aneka sandwich yang telah dibuat oleh pelajar. Mereka mencadangkan aktiviti ini dapat dijalankan sekali lagi.

Disediakan oleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, 2 July 2013

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-4


Perkara                 :  Perjumpaan 4

Tarikh                   :  15 Mei 2013

Masa                     :  1.20 – 2.10 petang

Kehadiran           :  20 / 26

Tema                     :  Uji kecergasan minda dengan Permainan Rekreasi Matematik

Objektif               :  1. Dapat menguasai kemahiran dalam permainan uji minda

                                2. Dapat melahirkan pelajar yang bersedia berdepan dengan risiko melalui pembinaan

                                      emosi yang baik.

                                   3. Menambah ilmu pengetahuan pelajar.

Aktiviti                 :

1.       Setiap pelajar diberi  beberapa helai  kertas yang mengandungi permainan matematik.

2.       Jenis-jenis permainan tersebut ialah:

-          Bermula dengan 1 garis tanpa mengangkat pensil bagi melukis gambar yang diberi dalam 1 minit

-          Mengalihkan 2 batang mancis bagi membuat  gambaran seekor lembu yang memandang ke hadapan  menoleh kea rah belakang

-          Menyelesaikan masalah teka-teki wang

-          Permainan  Tipu Muslihat Kalkulator Ghaib Hari Jadi

3.       Di akhir permainan, seorang pelajar perempuan dari  tingkatan 4 Olimpik bernama Chan Lu Yi menjadi juara bagi semua permainan  menggunakan garis.

4.       Pelajar berasa gembira, seronok dan tercabar dengan aktiviti ini. Mereka mencadangkan aktiviti ini dapat dijalankan sekali lagi.


      Disediakan oleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus
 
 

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-3


Perkara                 :  Perjumpaan 3

Tarikh                   :  17 April  2013

Masa                     :  1.20 – 2.40 petang

Kehadiran           :  20 / 24

Tema                     :  Jom bermain  permainan tradisional

Objektif               :  1. Membentuk sikap yakin diri, berdikari dan berani.

                                2. Dapat meningkatkan kecergasan diri dari segi mental dan jasmani

                                3. Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan individu

Aktiviti                 :

1.       Setiap pelajar diberi  7 biji batu kecil untuk dijadikan sebagai batu seremban.

2.       Pelajar berlatih bermain dan diajar teknik-teknik tertentu untuk memperolehi kemahiran bermain batu seremban.

3.       Pelajar diberi kepada beberapa kumpulan kecil dan mengadakan pertandingan secara individu dalam setiap kumpulan.

4.       Pelajar berasa seronok dan gembira dapat bermain batu seremban terutama beberapa pelajar Cina yang tidak pernah bermain permainan ini.

 

 Disediakan oleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-2


LAPORAN PERJUMPAAN 2 TAHUN 2013

 

Perkara                 :  Perjumpaan 2

Tarikh                   :  6 Mac 2013

Masa                     :  1.20 – 2.40 petang

Kehadiran           :  21 / 24

Tema                     :  Mendirikan tong kitar semula

Objektif               :  1. Melahirkan pelajar yang mencintai alam sekitar

                                   2. Menyedarkan pelajar  kepentingan aktiviti kitar semula terhadap alam sekitar

                                   3. Memupuk sikap bertanggungjawab dan prihatin

Aktiviti                 :

1.       Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan  iaitu kumpulan botol kaca, kumpulan botol plastik, kumpulan kertas akhbar dan kumpulan tin minuman.  Ketua kumpulan dilantik.

2.       Setiap kumpulan diberi sebuah tong sampah dan  pewarna cat serta berus.

3.       Pelajar melakar  gambar seperti botol kaca, botol plastik, kertas akhbar dan tin minuman mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian pelajar mengecat hasil lakaran pada tong sampah.

4.       Akhir aktiviti,  pelajar berjaya menyiapkan tong kitar semula. Kesemua tong diletakkan di  kaki lima hadapan bilik kemahiran hidup untuk memudahkan pelajar membuang botol, tin dan kertas.
 

Disediakanoleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus
 
 

Friday, 29 March 2013

PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI-1


Tarikh                   :  6 Februari 2013
Masa                    :  1.20 – 2.40 petang
Kehadiran           :  20 / 24

Tema                    :  Mesyuarat Agung
Objektif               :  Melantik Ahli Jawatankuasa

Aktiviti                :
- Perlantikan ahli jawatankuasa bagi sesi 2013

Penasihat 1            :  Pn Noraina Bt Abd Aziz

Penasihat 2            :  Pn. Samsiah Bt Pilus

Pengerusi               :  Teh Min Jie

Naib Pengerusi      :  Muhamad Syazreen B Mohammad Kamal

Setiausaha             :  Pravindran Kumar A/L Ravichandra

Naib Setiausaha    :  Shasangari Sivanewary A/L Nagarajan

Bendahari              :  Amera Shafizah Bt Hasan

Naib Bendahari     :  Muhammad Fadhil B Mohamad Razali

AJK Tingkatan        :  1- Muhammad Afiq B Rahmat

                                    2- Norhashima Bt Mohd Sharil

                                    3- Sazwan B Shafri

                                    4- Muhammad Syazreen B Mohamad Kamal

                                    5- Hoh Wei Liang

Pemeriksa kira2   :   Chin Wai Lan

- Membina fail individu

- Menulis misi dan visi kelab

- Mengemaskini papan kenyataan

- Mengambil gambar AJK untuk carta organisasi

- Membincang aktiviti-aktiviti kelab sepanjang tahun