Saturday, 6 July 2013

LAPORAN PERJUMPAAN KELAB REKREASI & PENCINTA ALAM KALI KE-5


Perkara                 :  Perjumpaan 5

Tarikh                   :  19 Jun 2013

Masa                     :  1.20 – 2.40 petang

Kehadiran           :  14   / 26

Tema                     :  Master Chef Atlet – Aneka Sandwich

Objektif               :  1.  Menyemai nilai integriti  pelajar terutama jenis menu makanan Malaysia

                                2. Melatih pelajar bekerjasama dalam kumpulan

                                   3. Menambah ilmu pengetahuan pelajar.

Aktiviti                 :

1.       Pelajar dibentuk kepada tiga orang dalam satu kumpulan  dan berada di dalam bilik masakan.

2.       Guru telah menyediakan   dua jenis roti dan beberapa jenis sayuran seperti daun salad, timun, lobak, tomato dan cili merah.  Bahan-bahan untuk  sambal sandwich seperti sardine, tuna sardine, mayonis, kari daging, sambal ikan bilian dan  telur rebus

3.       Guru memberi  penerangan mengenai aktiviti tersebut  di mana setiap kumpulan dikehendaki mencipta sekurang-kurangnya 1 jenis sandwich.

4.       Setiap kumpulan telah diberi beberapa perkakasan dapur seperti pisau, bekas pemotong, pinggan besar, besen, sudu, garfu dan sebagainya. Mereka diberi masa selama 1 jam untuk mencipta aneka sandwich.

5.       Pelajar berasa gembira, seronok dan tercabar dengan aktiviti ini. Pelajar dapat menyediakan pelbagai jenis sandwich mengikut masa yang ditetapkan. Di akhir aktiviti guru penasihat diberi peluang merasa  aneka sandwich yang telah dibuat oleh pelajar. Mereka mencadangkan aktiviti ini dapat dijalankan sekali lagi.

Disediakan oleh:

Pn. Samsiah Bt Pilus
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment