Wednesday 1 October 2014

TEATER BIDASARI

 
Teater Bidasari merupakan kisah yang diadaptasi daripada cerita Melayu Klasik. Bidasari yang cantik jelita dan kaya budi bahasa adalah anak angkat kepada saudagar Amir Abdullah.

Bidasari dijumpai sewaktu kecilnya di sebuah sampan dengan kembarnya seekor ikan. Sementara itu di negeri Zamin Ambar yang diperintah oleh Sultan dan isteri barunya Permaisuri Laila Sari. Sultan mempunyai putera iaitu Tengku Indra.

Kecantikan Bidasari telah sampai ke pengetahuan Permaisuri Laila Sari dan menyebabkan kemarahan dan cemburu kerana dia tidak suka ada orang lain lebih cantik daripadanya. Permaisuri kemudian memanggil Bidasari untuk bersemayam di istana dan menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa Bidasari supaya tidak lagi cantik.

Apakah nasib Bidasari seterusnya?
.
.
Oleh itu
.
.
.
 

Pada Februari 2014, SSBJ telah membawa beberapa orang pelajar dan guru ke Istana Budaya untuk mengetahui pengakhiran nasib Bidasari. Diharapkan teater ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak melupakan asal usul seni budaya kita di samping dapat memupuk semangat cinta akan seni budaya bangsa.




 


No comments:

Post a Comment