Wednesday 1 October 2014

TEATER SUPERMOKH

 
Teater ini meriwayatkan kisah hidup pemain bola sepak negara yang juga salah seorang ikon kesayangan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, teater kali ini diharap dapat menarik generasi muda untuk lebih ramai menonton di samping memperkenalkan kepada mereka dengan lebih mendalam siapakah sebenarnya SuperMokh.
 
          Menerusi persembahan ini, pelajar disuap dengan kisah hidup peribadi SuperMokh yang tidak pernah dikongsi dengan masyarakat dalam bentuk muzikal, kisah serta onak duri yang perlu dilalui Mokhtar sebagai seorang jaguh bola sepak, seorang suami dan seorang bapa.
 
Muzikal ini memaparkan keazaman seorang jaguh bola sepak yang berjuang demi negara, seseorang yang disayangi dan disanjungi oleh seluruh negara. Ia juga membongkarkan betapa peritnya apabila beliau terpaksa mengakhiri kerjaya masyhurnya, beliau terpaksa meninggalkan bola sepak. Kebanyakan rakyat Malaysia masih merasakan yang Mokhtar tiada ganti.
.
.
.
Pada 21 september
.
.
Seramai 10 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring telah dibawa untuk menyaksikan teater ini. Diharapkan persembahan teater dan perkembangan warisan teater yang dijalankan ini dapat melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang kukuh dan cinta akan seni budaya bangsa serta bertindak sebagai pewaris seni yang menjadi benteng menangkis budaya kuning dari luar.
 


 


No comments:

Post a Comment